Tidak dapat dinafikan, pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri (TPM) I telah mengejutkan ramai pihak memandangkan pemimpin tersebut mempunyai kes mahkamah yang serius.
Malah, ramai yang mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan sedemikian dengan meletakkan Zahid Hamidi sebagai TPM walhal sebelum ini beliau pernah menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan rasuah dan juga penyelewengan.
“Di bawah pentadbiran saya, saat itu saya sebagai perdana menteri, sata tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah dan penyelewengan,” ujar Anwar ketika sidang media, baru-baru ini.
Namun begitu, segalanya berubah apabila Anwar telah membuat pengumuman dengan memaklumkan Zahid Hamidi memegang portfolio sebagai TPM dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Keputusan yang tak dijangka
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa mereka dengan keputusan yang tidak dijangka dek akal oleh orang ramai memandangkan ia telah melanggar prinsip sebelum ini
Bukan itu sahaja, netizen turut terhibur dengan pendirian Anwar yang tidak menentu yang dilihat berubah hati dalam membuat keputusan yang bukan menjadi matlamatnya dalam dunia politik