(Video)Tengah Syok Bertiktok “Dua Gadis lari Apabila Seekor Monyet Datang Nak Join Sekali”

(Video)Tengah Syok Bertiktok “Dua Gadis lari Apabila Seekor Monyet Datang Nak Join Sekali”

Tengah Syok BerTiktok Sekali..

Jika kita lihat, ada saja trend terkini tidak kisahlah tarian, nyanyian atau apa-apa challenge yang muncul di laman For You Page (FYP) aplikasi tersebut.

Jadi, tidak hairanlah kalau kita tengok makin ramai orang yang berbakat dan dikenali di seluruh negara hanya melalui TikTok.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular ini apabila dua orang gadis terpaksa cabut lari semasa sedang sakan bermain TikTok mencuri tumpuan ramai.

Tengah berTikTok, tiba-tiba ada monyet nak join sekali. Menerusi video daripada @annisadwiatikah2, kelihatan dia dan kawannya sedang bermain TikTok di halaman rumah mereka.

Namun belum sempat buat apa-apa, tiba-tiba muncul seekor monyet di belakang mereka seperti ingin join sekali. Mereka berdua kemudian pantas mencabut lari akibat takut dikejar monyet itu.

Apa yang lebih menghiburkan adalah monyet berkenaan pergi ke arah kamera dan memegang telefon mereka sebelum ia terjatuh. Kemudian, monyet itu mengambil semula telefon sebelum menghentikan rakaman.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga lebih 20M views, 3.5M likes dan 87.K shares di TikTok.

LihatTutupKomentar