SELANGOR
PETALING JAYA
Sebanyak tiga buah kereta rosak teruk dalam kemalangan melibatkan sebuah lori pasir yang hilang kawalan di Lebuhraya Persekutuan,pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 3 petang.
Kemalangan melibatkan sebuah lori dan tiga buah kereta di Lebuhraya Persekutuan pada jam lebih kurang 1.30 petang.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki mengalami masalah brek gagal berfungsi menyebabkan lori terbabit hilang kawalan," katanya dalam kenyataan
Fakhrudin berkata, susulan itu, lori terbabit melanggar tiga buah kenderaan yang berada di laluan kiri arah sama lebuh raya berkenaan.
Semua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat," katanya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).
Gambar PDRM
Sinar harian
