Wanita Tergam4k Saman Ibu Sendiri Untuk Tuntut Rumah Pusaka, Si Ibu Kata “Anak Derh4ka”

Wanita Tergam4k Saman Ibu Sendiri Untuk Tuntut Rumah Pusaka, Si Ibu Kata “Anak Derh4ka”

 


Seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di Aceh Tengah, Indonesia dilaporkan nekad memfailkan saman terhadap ibu kandungnya sendiri demi harta pusaka yang merupakan sebuah rumah mewah.

Kes tersebut diketahui melalui sebuah video yang dikongsikan oleh adik kepada wanita itu sendiri di akaun Instagram miliknya.

Menurut perakam video tersebut, wanita itu telah memfailkan saman berkaitan pertelingkahan rumah milik ibunya itu yang masih lagi hidup.

“Hari ini kami dibicarakan. Ini rumah yang dipertikaikan, ini rumah ibu saya. Ibu saya masih hidup. Ada dua anak derhaka yang ke sini untuk mengusir ibunya sendiri,” katanya dalam video tersebut.

Dalam video itu, tampak wanita itu sedang berjalan tanpa menghiraukan orang serta perakam yang sedang berkata mengenainya.

Turut kelihatan ibunya yang sedang disaman terdapat di dalam video tersebut. Difahamkan bahawa, ibu kepada wanita itu kini berusia 71 tahun.

Menurut portal iNews.id, wanita tersebut juga turut menyaman adiknya supaya keluar dari rumah yang mereka duduki itu.

Sehingga kini, belum dapat dijelaskan lagi berkenaan mengapa wanita itu tergamak menyaman ibu kandungnya sendiri.

Pun begitu, video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 400 ribu kali.

Sumber: Siakap Keli

LihatTutupKomentar