Bapa rayu padam video anak 5 tahun jatuh flat, jiran sangka orang buang sampah dari atas. Tragedi menimpa seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh dari tingkat 9 Perumahan Awam Sri Sabah ( Block 62) menggemparkan masyarakat yang tinggal di perumahan tersebut.
Difahamkan kanak-kanak ini berada di ruang belakang balkoni rumahnya dan ketika itu ibu dan adiknya berada di rumah.
Bapa Rayu Padam Video
Berikutan tragedi menyayat hati yang mula tersebar luas ini, bapa kepada arwah atas nama Bob Hazrik (di fbnya) merayu agar semua pihak memadamkan video-video tragedi ini kerana keluarga masih trauma dan bersedih dengan tragedi yang berlaku pagi tadi.
Assalammulaikum semua minta jasa baik semua mohon delete, padam gambar-gambar video arwah anak saya yang jatuh pagi tadi. Saya merayu minta tolong semua.
Dalam pada itu, tinjauan orang awam turut berkongsi tragedi menyayat hati ini kerana menyangka ada barang yang dibuang dari tingkat atas bangunan sebaliknya apa yang berlaku adalah tubuh kanak-kanak ini terhempas.
Bahkan dari rakaman video tersebar menunjukkan ada seorang wanita yang cuba mengangkat tubuh anak ini (seolah cuba mendirikannya) sebelum mengetahui kanak-kanak ini sudah meninggal dunia.
Semoga syurga buatmu anak kecil. Tiada dosa dan perginya di hari Jumaat yang mulia.
Source: Mingguanwanita.my

