Rupanya Pihak Berkuasa Dah Bebas Nuramira, Tapi Bila Di Hantar Kerumah Mak Sedara Tak Ada Org Nak Terima
Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir, pembantu peguam R Sivaraj Hannann, berkata Siti Nuramira dibebaskan dengan jaminan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada jam 10 malam, semalam.
Katanya, peguam menerima panggilan daripada pegawai Jawi bagi memaklumkan pembebasan wanita itu tanpa jaminan atau bon oleh Jawi.
Lepas Bebas Dia Pergi Rumah Ibu Saudara Tapi Ditolak..
“Sejurus dilepaskan, Siti Nuramira dibawa ke rumah ibu saudaranya di Kelana Jaya, Selangor tetapi dia keberatan untuk menerima anak saudaranya itu.
Hannann Syoffeeya berkata, Nuramira kemudian dibebaskan di Kuala Lumpur dan dibawa bertemu peguam dan dihantar pulang ke rumahnya di Petaling Jaya.
“Akhirnya kami sampai di rumahnya sekitar tengah malam, Alex terkejut dan mereka berpelukan satu sama lain,” kata Hannann Syoffeeya.
Semalam, penguat kuasa agama yang enggan dinamakan berkata wanita terbabit akan ditahan selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Jawi menahannya selepas dia dibebaskan setelah membayar wang ikat jamin di mahkamah sivil setelah didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut Islam.
Nuramira mencetuskan kontroversi dengan membuka baju kurung, tudung dan kain selepas mengaku menghafal 15 juruk al-Quran, dalam persembahan komedi di Kuala Lumpur.
Kekasihnya V Alexander Navin turut dihadapkan ke mahkamah kerana mengedarkan rakaman persembahan itu manakala pengasas bersama Crackhouse Rizal Van Geyze disiasat polis.
Sumber : Malaysia Kini