Agama Islam dihin4, jangan tunggu NG0 saja untuk bertindak – Presiden Pertubµhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Rani Kulup
Pihak yang berkepentingan lain perlu memandang serius terhadap isu segelintir individu mengh1na dan memperm4inkan agama Islam yang dilihat yang semakin menjadi-jadi.
Itu penegasan aktivis, Abdullah Rani Kulup yang ber4ng dengan tindakan segelintir individu melakukan perbuatan mengh1na agama Islam pada baru-baru ini.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) berkata, sepatutnya pihak berkepentingan turun memperjµangkan agama Islam.
”Sekarang ini kalau kita tengok dalam negara, apa-apa isu yang berlaku asyik-asyik badan bukan kerajaan (NGO) (yang bersuara lantang).
”Ini isµ agama. Mana dia penceramah yang hebat dalam televisyen, para ustaz, para agamawan, jangan asyik-asyik muka NG0 ini.
”Hal agama, kalau masuk masjid, imam masjid, ahli jawatan kuasa (AJK) masjid, perlu bertanggungjawab tentang agama.
”Termasuk orang-orang istana. Turun… Bukan asyik-asyik NG0 saja. Ini tidak betul, yang nak kena soal siasat kita,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke dem0 aman: isu h1na, persend4an Islam dan bangsa Melayu di pintu besar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Turut hadir wakil-wakil NG0 seperti Majlis Perwakilan Melayu (MPM) dan Sekretariat Gabungan NG0 Melayu Islam.
Sementara itu, wakil MPM, Shahbudin Embun berkata, beliau kecewa kerana isµ pengh1naan terhadap agama Islam itu turut melibatkan individu yang beragama Islam.
Beliau turut menzahirkan kekecewaan terhadap undang-undang yang didakwanya tidak digunakan dengan baik untuk memberi pengajaran terhadap pes4lah yang melakukan h1naan terhadap Islam.
”Kita tidak mahu pengh1naan terhadap Islam ini terus berlaku. Kita serah saja Yang diPertuan Agong untuk menjadi tonggak melaksanakan Islam di muka bumi ini,” katanya.
Sekadar info, Abdul Rani bin Kulup Abdullah (lahir 10 Mac 1953) merupakan seorang aktivis dan pesara tentera di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).
Beliau diberi jolokan Raja Report Malaysia terkenal dengan moto gempak tuu “kipidap! Dongibab! Karipap!” (sebutan bagi keep it up! dalam bahasa Inggeris) dan sering muncul di televisyen setelah membuat banyak laporan polis mengenai isu semasa dan dikatakan telah membuat 1,000 laporan polis sejak 2011.
Dilahirkan dan dibesarkan di Kajang, Selangor, beliau mempunyai dua isteri Zaleha Talib dan Nor Sharijan Mohammad, dan dikurniakan sembilan orang cahaya mata bersama 12 orang cucu dan dikenali dengan imej berpakaian lain daripada yang lain. Beliau juga berbakat dalam bidang muzik dan pernah menganggotai kumpulan muzik Sometimes.
Abdul Rani Kulup juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Beliau membuat penampilam filem pertama menerusi filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi arahan Eyra Rahman dan seterusnya muncul dalam telefilem Rongples Rongtaim untuk siaran di Astro Citra menerusi slot Karya 12.
Sumber UtusanTV
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Pihak Nasihat Ustaz tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.