Terkini] Pilu pergi mu Amad & Zul , ” Ajal terjatuh ketika buat pembersihan Stadium JDT ” (6Gmbr)

Terkini] Pilu pergi mu Amad & Zul , ” Ajal terjatuh ketika buat pembersihan Stadium JDT ” (6Gmbr)

Iskandar Puteri : Dua pekerja syarikat pembersihan profesional m4ut selepas terj4tuh ketika sedang melakukan pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, m4ngsa lelaki tempatan berusia 34 dan 35 tahun itu dikenali dengna nama Amad dan Zul m4ut di tempat kejadian.


Arwah Amad bertopi putih


Beliau berkata, kejadian berlaku ketika m4ngsa sedang bertugas menyelenggara fasiliti milik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).


Ketika kejadian berlaku, cuaca berada dalam keadaan baik dan tidak hujan sepanjang mangsa bekerja membersihkan stadium.


Arwah Zul


Kedua-dua m4ngsa secara tiba-tiba terjatuh ketika sedang bertugas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih dijalankan, katanya hari ini.


Kamarul Zaman berkata, m4yat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibed4h siasat.



Sementara itu, JDT menerusi perkongsian di Facebook (FB) Johor Southern Tigers menzahirkan rasa simpati atas kejadian yang berlaku.


Menerusi status di FB itu, JDT mengucapkan takziah kepada keluarga dua pekerja terbabit.



JDT sedang menunggu laporan penuh berkaitan kejadian daripada pihak berwajib dan syarikat yang dikontrakkan untuk menyelenggara stadium,katanya.


Stadium Sultan Ibrahim dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2020 lalu sekali gus menjadi venue rasmi JDT.



Dinamakan Stadium Sultan Ibrahim, upacara pecah tanah dilakukan pada Januari 2016 namun pembinaannya ditangguhkan beberapa bulan susulan pelarasan yang dibuat oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan lokasi stadium, aspek teknikal dan reka bentuk.


Dibina dengan kos RM200 juta di Iskandar Puteri, stadium itu menjadi gelanggang ‘home’ buat skuad Harimau Selatan menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.


Selain memuatkan kapasiti penonton seramai 40,000 orang, stadium yang dibina di tanah berkeluasan 28.3 hektar itu juga sebahagian daripada Bandar Sukan JDT yang menempatkan hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden. Al fatihah.

LihatTutupKomentar